Calon PH Parlimen Gopeng positif Covid-19

Calon PH Parlimen Gopeng positif Covid-19

TAN KAR HING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri hari ini.

Dalam catatan di Facebooknya, Kar Hing memaklumkan, ujian kendiri dilakukan sebanyak dua kali selepas dia mengalami tanda-tanda kurang sihat.

“Keputusan kedua-dua ujian kendiri itu menunjukkan yang saya sah dijangkiti Covid-19. Saya memohon maaf berkaitan perkara ini dan mengambil keputusan untuk memaklumkan secara terbuka.

“Kepada sesiapa yang pernah berjumpa saya dalam sehari dua ini, saya mohon anda menjalankan ujian kendiri bagi mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing,” katanya dalam rakaman video di Facebook beliau hari ini.

Menurut Kar Hing, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama lima hari sehingga Jumaat ini.

“Kepada pengundi-pengundi di Gopeng, program yang disusun oleh jentera akan berjalan seperti biasa.

“Segala program berbentuk jelajah, lawatan muhibah, ceramah diteruskan secara dalam talian sehingga tamat tempoh kuarantin,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya