Calon Pejuang DUN Rompin tak takut hilang deposit

Calon Pejuang DUN Rompin tak takut hilang deposit

OSMAN A. Bakar (kanan) ketika siri jelajah kempen PRU15 di bandar Kuala Rompin, di Rompin, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Osman A. Bakar tidak takut hilang wang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kawasan itu, 7 Disember ini.

Beliau berkata, menang atau kalah adat bertanding dan hilang wang deposit itu adalah normal.

“Benar dalam tsunami kali ini, semua calon Pejuang hilang wang deposit pada PRU15, Sabtu lalu.

“Saya lihat situasi yang berlaku ini adalah gelombang anak muda dan pengundi baharu. Di DUN Tioman ini kalau mereka pilih calon, insya-Allah saya ada harapan (tidak hilang wang deposit), ini kerana sebagai anak tempatan, ramai mengenali saya di sini,” katanya di sini semalam.

PRU15 yang berakhir pada Sabtu lalu menyaksikan sebanyak RM3.77 juta wang pertaruhan hangus melibatkan 377 calon bertanding.

Setiap calon yang bertanding kerusi Parlimen perlu mempertaruhkan wang deposit RM10,000, DUN RM5,000 dan wang itu hanya dipulangkan selepas calon memperoleh lebih daripada satu per lapan daripada jumlah undi yang diterima calon-calon bertanding.

Pejuang parti tertinggi menyumbang kepada nilai itu selepas kesemua 117 calonnya, diketuai bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas sehingga hilang wang pertaruhan.

Antara pemimpin kanan Pejuang yang turut hilang wang pertaruhan ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang gagal mempertahan kerusi Parlimen Jerlun selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Abd. Ghani Ahmad, manakala Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya gagal merampas kerusi Sungai Petani daripada Pakatan Harapan (PH).

Osman berkata, dia tidak akan mengaku kalah dan terus berjuang bagi meyakinkan pengundi di DUN Tioman.

Cumanya, beliau berharap golongan muda khususnya pengundi luar supaya pulang mengundi pada 7 Disember ini bagi menyuburkan amalan demokrasi dalam negara.

“Saya memang berharap pengundi keluar dan balik mengundi khususnya pengundi luar kerana hari pengundian diadakan pada Rabu.

“Memang ada kebimbangan pengundi luar tidak pulang, jika ini berlaku proses demokrasi dalam negara seakan tidak tercapai pada PRU15 DUN Tioman ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dia sudah pun berkempen selama dua minggu sebelum ini dan diteruskan secara santai seperti mengedarkan risalah kepada penduduk dan bergerak dari rumah ke rumah. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya