Bomba Putrajaya siap sedia bantu negeri terjejas banjir

Bomba Putrajaya siap sedia bantu negeri terjejas banjir

PRESIDEN Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud (empat kiri) bersama Nor Arifin Kamari (dua kiri) bergambar pada Pelancaran Kesiapsiagaan Bencana dan MTL Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2022. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini. 

Pengarahnya, Nor Arifin Kamari berkata, walaupun secara asasnya Putrajaya bukanlah kawasan ‘hot spot’ kejadian banjir, namun segala kemungkinan boleh berlaku dan kesiapsiagaan pada tahap tinggi amat diperlukan. 

Menurutnya, statistik menunjukkan sepanjang tempoh dari tahun 2000 sehingga tahun ini, terdapat tiga kejadian banjir kilat berlaku iaitu pada 2016, 2018 dan 2020. 

“Intipati kesiapsiagaan bencana yang dijalankan meliputi konsep pengisian berkaitan pengoperasian menyeluruh dari segi latihan, logistik, komunikasi, perintah dan kawalan serta peralatan dan jentera. 

“Selain itu, teras utama dalam konsep pelaksanaan kesiapsiagaan bencana adalah menguji pengurusan pengoperasian dan kesiapsiagaan peralatan, anggota serta prosedur operasi standard berkaitan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kesiapsiagaan Bencana dan MTL Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Nor Arifin berkata, JBPM Putrajaya khususnya sentiasa bersiap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa dan membantu negeri-negeri berhampiran yang terjejas dengan insiden bencana itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya