BN Selangor sasar menang 10 kerusi Parlimen

BN Selangor sasar menang 10 kerusi Parlimen

NOH Omar (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian besar calon BN Selangor selepas menyampaikan watikah pencalonan mereka di ibu pejabat UMNO Selangor, Shah Alam, Selangor semalam.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, itu adalah indeks petunjuk prestasi (KPI) yang diletakkan pihaknya bagi memperbaiki keputusan pada pada pilihan raya umum yang lalu.

“Bagi kami, ini sudah cukup baik tapi kalau boleh menang lebih banyak kerusi, itu lebih baik.

“Kita kena ingat bahawa pada pilihan raya umum tahun 2004, BN Selangor berjaya memenangi kesemua kerusi Parlimen di negeri ini.

“Jadi tidak mustahil untuk kita mengulangi pencapaian ini kalau kita bekerja keras sehingga hari mengundi,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam semalam.

Menurutnya, BN Selangor pada kali ini menampilkan calon yang merangkumi individu profesional, tokoh wanita dan pemimpin muda.

Kata Noh, BN Selangor membuat pertukaran kerusi sesama parti sebagai strategi untuk merampas kerusi daripada parti pembangkang.

“Kerusi Parlimen Sungai Buloh dan Kapar yang dahulunya milik MIC diberikan kepada UMNO.

“Sebagai pertukaran, UMNO bagi kerusi Parlimen Kuala Langat pada MIC manakala Friends of BN pula dapat kerusi Puchong,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya