BN, PN umum calon malam ini - Utusan Malaysia

BN, PN umum calon malam ini

Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan mengumumkan calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai siapa calon yang bakal disandarkan harapan oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bakal terjawab apabila nama-nama calon gabungan itu akan diumumkan malam ini.

BN menerusi Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengumumkan nama calon mereka pada pukul 8 malam ini di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.

Pengumuman itu bakal menjadi tumpuan ramai kerana terdapat dakwaan beberapa nama besar daripada BN akan digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November depan walaupun berstatus calon boleh menang.

Antara nama-nama yang hangat diperkatakan tidak mendapat tempat dan kedudukan masih menjadi tanda tanya ketika ini ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin.

Semalam, desas-desus nama Shahidan tidak terpilih sebagai calon di Parlimen Arau dalam PRU-15 nampaknya seakan-akan menjadi kenyataan selepas 113 bilik gerakan BN di Parlimen Arau telah ditutup selain bendera diturunkan.

Sementara itu, Annuar mendakwa pemilihan calon BN untuk bertanding pada PRU15 tidak mengikut kaedah ditetapkan Perlembagaan parti walaupun telah dihuraikan dengan jelas dalam peraturan itu.

Sementara itu, Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan membuat pengumuman nama calon pada malam ini pada pukul 8 malam di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Berbeza dengan BN, PN sebelum ini sudah ada mengumumkan beberapa calon di kerusi tertentu semasa siri jelajah gabungan itu termasuk mengumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin akan bertanding di Parlimen Putrajaya.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan, penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU-15 walaupun ketika itu menang atas tiket BN. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya