BN Kulai petaruh calon `kacak’ lawan Nie Ching   - Utusan Malaysia

BN Kulai petaruh calon `kacak’ lawan Nie Ching  

Chua Jian Boon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Barisan Nasional (BN) pertaruhkan calon  kacak untuk menggempur kubu kuat DAP bagi menentang calon Pakatan Harapan (PH), Teo Nie Ching di kerusi Parlimen Kulai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Chua Jian Boon, 29, mengakui penampilan luaran turut memainkan peranan dalam usahanya menarik sokongan pengundi, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Bagaimanapun, faktor luaran itu  perlu diikuti dengan komitmen, tekad dan kerja keras demi kesejahteraan rakyat.

“Ya, saya akui mungkin ada orang akan melihat dan beranggapan saya mempunyai wajah yang tampan, tetapi perkara itu sebenarnya subjektif kerana setiap individu mempunyai pandangan masing-masing.

“Bagi saya, apa yang lebih penting adalah untuk sentiasa senyum dan berfikiran positif, kerana pada akhirnya apa yang terpancar pada wajah menggambarkan perasaan sebenar kita,” katanya.

Diberi kepercayaan pertama kali bertanding, Jian Boon berharap mampu menjadi ikon baharu kepada generasi muda  agar lebih ramai  melibatkan diri dalam politik  demi kesejahteraan dan masa depan negara.

“Sejak kecil saya sudah bercita-cita untuk menjadi ahli politik sehingga saya menjadi Pegawai Khas kepada Exco kerajaan negeri pada 2016 dan kini saya Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Kebangsaan.

TOKOH

“Saya anggap tokoh politik muda seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Nicole Wong sebagai idola yang boleh diikuti golongan muda dan saya juga berazam untuk menjadi seperti mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Jian Boon yakin pengundi Parlimen Kulai mahukan perubahan dibawa ke daerah berkenaan setelah 10 tahun diwakili Nie Ching tanpa sebarang pembangunan mega.

“Dalam tempoh berkenaan, masih terdapat banyak infrastruktur yang kurang di daerah ini. Sebenarnya, banyak penambahbaikan dan pembangunan boleh dibawa oleh seorang wakil rakyat yang bukan sahaja muda, bersemangat dan bertenaga, tetapi juga kaya dengan inisiatif dan perancangan.

“Sebagai anak jati Kulai, jika dipilih menjadi wakil rakyat Parlimen ini, saya akan tumpu sepenuh masa dan tenaga dalam menyantuni dan menambah baik kehidupan masyarakat berbilang kaum di sini,” katanya.

Selain Nie Ching dan Jian Boon, kerusi Parlimen Kulai turut menjadi rebutan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Tan Chin Hock.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya