BN dalam momentum terbaik menang PRU15

BN dalam momentum terbaik menang PRU15

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Barisan Nasional (BN) berada pada momentum terbaik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berdasarkan gerak kerja yang tersusun dan sistematik selain pembangkang dilihat ketandusan isu kali ini.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, hal demikian dapat dilihat dengan gerak kerja di pusat daerah mengundi (PDM) yang aktif siang dan malam selain calon serta jentera terus giat mendekati pengundi.

Selain itu, katanya, rakyat juga dilihat tidak mudah lagi terpengaruh dengan janji-janji dan sandiwara pembangkang.

“Kita melihat senario ketika ini lebih ke arah BN untuk memenangi pilihan raya kali ini. Sebagai contoh di Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid lebih mendominasi situasi sekarang di mana gerakan demi gerakan akar umbi lebih terarah untuk membantu calon tersebut memandangkan penglibatan dan kemajuan yang telah dibuat di Padang Terap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Azman, situasi positif tersebut turut dapat dilihat di kerusi calon-calon BN yang lain di seluruh negara.

“Kita melihat rata-rata masayarakat kini sudah pun sedar dan mereka mahukan BN kembali menerajui pentadbiran negara di tambah lagi dengan kemelut ekonomi yang tidak menentu..

“Sudah tentu rakyat mahukan BN kembali menerajui dan memulihkan ekonomi negara dalam keadaan tahun depan ekonomi dijangka gawat.

“Jadi keyakinan pelabur dan rakyat mahukan BN kembali memerintah untuk kestabilan politik,ekonomi yang terjamin,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya