BN boleh tubuh kerajaan seawal pagi Ahad - Tok Mat - Utusan Malaysia

BN boleh tubuh kerajaan seawal pagi Ahad – Tok Mat

MOHAMAD Hasan hadir pada Program Santai Pagi bersama Tok Mat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gadong, Kota, Rembau hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Barisan Nasional (BN) mampu membentuk sebuah kerajaan Pusat seawal pagi hari Ahad selepas hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung esok.

Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang melihat rakyat sudah membuat pilihan sejak tiga tahun lalu dan telah diterjemahkan melalui keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini.

“Nampaknya tiga tahun lalu (rakyat) buat keputusan, itu sebab tujuh PRK, empat PRN semuanya beri dukungan dan sokongan kepada BN dan saya mohon rakyat meneruskan momentum tersebut pada (hari pengundian) PRU15 esok hari,” katanya kepada pemberita selepas Program Santai Pagi bersama Tok Mat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gadong, Kota hari ini.

Mengenai mengenai jumlah keluar keluar mengundi bagi pengundian awal yang melebihi 90 peratus, Mohamad yang juga calon BN di Parlimen Rembau berkata, ia merupakan isyarat positif bahawa rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi kali ini.

“Ini petanda baik, orang sudah tidak sabar-sabar untuk mengundi kerana empat tahun duduk dalam keadaan tertekan dan negara tidak diurus dengan baik.

“Kita sudah tidak mahu lagi dalam keadaan begitu, kita mahu negara kembali semula di era sebelum 2018, orang berniaga gembira, orang makan gaji okay, setiap tahun dapat BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), semua ada, tetapi apabila Pakatan Harapan (PH) naik, habis dipotongnya,” katanya.

Sementara itu, mengulas amaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, Mohamad menyifatkan ia sebagai ugutan kepada penjawat awam.

“Mana boleh dia (Rafizi) mengugut penjawat awam, penjawat awam ini struktur pentadbiran negara, menjalankan tugas bidang kuasanya. Mengugut kalau menang akan cari, apa makna cakap begitu? ia jelas menunjukkan kerajaan yang membalas dendam seperti apa yang mereka buat pada tahun 2018.

“Menangkap ataupun mendakwa secara selektif, secara berpilih-pilih, orang yang melakukannya sampai 80 orang tetapi yang didakwa cuma tiga, empat orang. Itu merupakan pendakwaan terpilih, tidak betul. 

“Jangan ugut penjawat awam kerana penjawat awam ini menjalankan tugas, tanggungjawab masing-masing mengikut parameter undang-undang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Rafizi pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru, Johor dilapor berkata PH akan ‘mencari’ Azam sekiranya gabungan politik itu menang pada PRU15.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya