Beras percuma, bantu dapat kerja janji calon BN Arau

Beras percuma, bantu dapat kerja janji calon BN Arau

ROZABIL Abd. Rahman beramah mesra bersama penduduk di Arau, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Sumbangan beras 100 kilogram kepada pengantin baharu, menyediakan pinjaman peralatan sokongan pesakit kronik serta perkhidmatan ambulans secara percuma antara 15 inisiatif yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memang di Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, calon BN Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, pelan lima tahun dengan tema ‘Arau Baru’ itu merangkumi aspek ekonomi, pendidikan dan sosial yang mampu menjana pembangunan kawasan berkenaan.

Katanya, terdapat tujuh inisiatif pemerkasaan sosial antaranya membuka pusat e-sukan bagi membimbing jaguh-jaguh kampung ke peringkat yang lebih tinggi dan pada masa sama, kemudahan sukan sedia ada serta sukan kegemaran ramai akan terus diperkasakan.

“Inisiatif lain adalah pemberian 100 kilogram beras percuma kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pertama, membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan mengikut kemahiran dan menganjurkan program sijil kemahiran asas kepada belia yang menganggur.

“Selain itu, kita juga mahu menyediakan pinjaman peralatan sokongan pesakit kronik serta perkhidmatan ambulans secara percuma kepada seluruh keluarga Arau yang memerlukan serta mempertingkatkan capaian internet dalam kawasan ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah Rozabil, terdapat lima inisiatif penjanaan ekonomi antaranya mempromosikan Arau sebagai destinasi pelancongan dan membina ‘motorhome park’ serta memberikan penarafan bintang kepada inap desa di kawasan Parlimen tersebut.

Katanya, antara lain menjenamakan produk yang dibuat oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Arau dengan jenama ‘Best From Arau’

“Semua pengusaha yang terlibat akan dibantu dari aspek teknologi pembungkusan, pemasaran dan juga penjenamaan. Kita juga mahu memperkasa dan membantu peniaga kecil serta pengusaha IKS terutamanya golongan wanita.

“Selain itu, kita juga mahu meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi pertanian serta membantu ‘start up company’ bagi padanan perniagaan sebagai langkah mengurangkan penduduk Perlis berhijrah,” ujarnya.

Katanya lagi, pihaknya juga merancang menubuhkan ‘Arau Student Excellect Center’ serta menyediakan tuisyen bagi pelajar kelas peperiksaan.

“Inisiatif lain dalam segmen pendidikan adalah kelas mengaji percuma kepada semua peringkat umur serta menganjurkan program ‘Education On Wheel’ untuk menambahkan lagi keseronokan belajar dalam kalangan murid prasekolah, rendah dan menengah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya