Banjir: Enam rumah terjejas di Jeram

Banjir: Enam rumah terjejas di Jeram

ANGGOTA bomba memantau keadaan banjir di Jalan Bukit Panjang, Simpang 3 Jeram, Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak enam rumah di Jalan Bukit Panjang, Simpang 3 Jeram di sini, terjejas akibat banjir, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan seramai 30 mangsa daripada enam keluarga.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pemantauan mendapatk aras air di kawasan itu berada pada kedalaman kira-kira 0.3 meter.

“Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram.

“Seramai 17 daripada mereka dipindahkan dengan selamat oleh bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, paras air mula surut setakat ini namun masih terdapat takungan.

Tambah Norazam, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan berikutan hujan masih tidak menentu di daerah ini termasuk Tanjong Karang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya