DOHA: Arab Saudi yang turun selaku underdog mencatat sejarah dalam Piala Dunia apabila mengejutkan pasukan pilihan juara, Argentina 2-1 dalam saingan Kumpulan C, sebentar tadi.
Argentina membuka tirai jaringan menerusi Lionel Messi sebelum Saleh Al-Shehri menyamakan kedudukan pada babak kedua.
Salem Al-Dawsari kemudian mengesahkan kemenangan pasukan di tangga ke-51 dunia itu. – Agensi