Aminuddin nasihat elak keluar lewat mengundi - Utusan Malaysia

Aminuddin nasihat elak keluar lewat mengundi

AMINUDDIN Harun sewaktu berucap pada majlis perjumpaan bersama jentera PH di Taman PD Utama, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pengundi di Negeri Sembilan dinasihat untuk mengatur waktu sebaiknya untuk keluar mengundi pada Sabtu ini berikutan ramalan cuaca yang kurang baik pada hari pengundian itu.

Menteri Besar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun juga berharap pengundi tidak keluar lewat pada waktu petang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Kita doakan cuaca baik macam petang ini, kalau (cuaca) tidak mengizinkan atur waktu untuk pergi mengundi, bersedia lebih awal ke tempat mengundi dan pastikan guna payung dan baju hujan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra di Taman PD Utama di sini hari ini.

Aminuddin dalam pada itu, menambah, berbaki sehari untuk tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau akan terus berkempen dan bertemu dengan pengundi di Port Dickson. 

“Saya bersama rakan-rakan akan berjumpa seramai mungkin menerangkan tentang PRU15 ini. Saya akan meneruskan kempen bagi saya ia sangat penting,”  katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan sekali menyatakan keyakinan bahawa PH boleh mempertahankan lima kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. 

“Saya berkeyakinan di lima kerusi yang kita menang sebelum ini, kemungkinan kami akan tambah satu hingga dua kerusi lagi.  Keyakinan kerusi itu  kalau di Jempol ada potensi tetapi nampak persaingan yang sengit, begitu juga di Jelebu tiga penjuru yang cukup sengit.

“Begitu juga di Rembau, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) tidak senang duduk sekarang sebab saya melihat anak muda calon PH Parlimen Rembau, Jufitri Joha juga agak laju dalam kempennya. Ia di antara faktor-faktor dia dikenali oleh pengundi dalam tempoh singkat. Sebab itu saya cakap tidak mudah untuk Tok Mat,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya