Amanah tanding 16 DUN, empat kerusi Parlimen di Pahang

Amanah tanding 16 DUN, empat kerusi Parlimen Pahang

ZULKIFLI Mohamed (duduk, tengah) bersama calon Amanah Pahang yang akan bertanding pada PRU15 di negeri ini dalam sidang akhbar di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang akan bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, bagi kerusi DUN, parti itu bertanding di Padang Tengku, Dong, Tahan, Pulau Tawar, Beserah, Tanjung Lumpur, Lepar, Peramu Jaya, Bebar, Chenor, Kerdau, Jengka, Kuala Semantan, Pelangai, Guai dan Tioman. 

Jelasnya, jumlah itu membabitkan pertambahan lima kerusi DUN berbanding 11 pada PRU14.

“Untuk Parlimen, Amanah akan bertanding di Temerloh, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau. Ia pertambahan tiga kerusi baru berbanding hanya Temerloh pada PRU14 lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Zulkifli berkata, Amanah Pahang hanya mengekalkan tiga muka lama di DUN Beserah, Tanjung Lumpur dan Jengka manakala lain-lain calon ditampilkan adalah muka baharu. 

“Kesemua calon kita kali ini terdiri daripada calon profesional dan korporat yang akan memberi tawaran terbaik kepada rakyat di negeri ini. 

“Kita optimis PH di Pahang akan menang banyak kerusi DUN pada PRU15 ini dan kita bantu Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya