Aksi di Liga Jerman, jadi kelebihan Jepun

Aksi di Liga Jerman, jadi kelebihan Jepun

Pemain tengah Jepun, Ritsu Doan (kiri) meledak gol untuk pasukannya ketika menentang Jerman dalam aksi Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, kelmarin. Jepun menang 2-1. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pemain-pemain Jepun yang beraksi di Bundesliga menggunakan pengalaman masing-masing untuk menundukkan Jerman 2-1 dalam aksi Kumpulan E di Stadium Antarabangsa Khalifa kelmarin.

Pembangunan bola sepak di Jepun hampir keseluruhannya menggunakan sentuhan beberapa jurulatih Jerman sejak berdekad lalu dan hasilnya mereka tampil sebagai pemenang ke atas juara dunia empat kali itu di Piala Dunia.

Jaringan pemain Freiburg, Ritsu Doan dan Takuma Asano dari VfL Bochum, hasil sepakan percuma seorang lagi pemain Bundesliga, Ko Itakura memberikan kemenangan bersejarah buat Jepun.

Daripada 26 pemain Jepun yang dibawa ke Qatar, sebanyak 20 daripada mereka beraksi dalam liga-liga Eropah.

Jepun sebelum itu ketinggalan di babak pertama hasil sepakan penalti Ilkay Gundogan, dan kemasukan dua pemain gantian mengubah rentak gergasi Asia berkenaan di babak akhir.

Babak pertama menyaksikan Jerman menguasai permainan dengan melakukan 16 percubaan dan 70 peratus penguasaan namun, kemasukan Doan, yang diberi gelaran

‘Messi Jepun’ serta Asano berjaya membuatkan benteng Jerman kucar-kacir.

Seramai lapan pemain dalam skuad Jepun kendalian Hajime Moriyasu beraksi di dua liga tertinggi Jerman dan pengalaman berkenaan digunakan sebaik mungkin untuk meraih kemenangan ke atas skuad kendalian Hansi Flick.

Selepas ketinggalan di babak pertama, Jepun memastikan aksi cemerlang penjaga golnya, Shuici Gonda yang menafikan empat percubaan berturut-turut Jerman, tidak sia-sia dengan gol penyamaan Doan dan jaringan kemenangan Asano.

Jerman yang memulakan permainan dengan menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum sepak mula sebagai bantahan terhadap larangan memakai lilitan pelangi, akhirnya menyaksikan penyokong mereka yang berjaya didiamkan oleh Jepun.

“Pemain menunjukkan mereka adalah sebuah pasukan, kami bersiap sedia dengan baik dan kami bertahan, itu adalah tindakan yang menjurus kepada kemenangan. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya