KUALA LUMPUR: Kereta membawa tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilihat memasuki kawasan Istana Negara dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar lagi.
Ketiga-tiga pemimpin itu ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
KENDERAAN membawa Ahmad Zahid Hamidi tiba di kawasan Istana Negara.
Kesemua mereka tiba kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
Malam tadi, BN memohon penangguhan sesi menghadap secara individu bagi 30 ahli parlimen gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi ini.
Permohonan penangguhan itu selepas beberapa mesyuarat BN malam tadi kekal tidak memihak Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).– UTUSAN