50 kali setahun dilanda banjir kilat

50 kali setahun Kampung Batu Papan 2 dilanda banjir kilat

CHONG Yok Fon menunjukkan rumah penduduk yang sering terjejas dengan banjir kilat di Kampung Batu Papan 2, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 50 keluarga di Kampung Batu Papan 2 di sini resah memikirkan nasib mereka apabila terpaksa berdepan banjir kilat kira-kira 50 kali dalam tempoh setahun.

Dakwa penduduk, masalah tersebut berlaku sejak lebih lima tahun lalu apabila rumah yang berhampiran dengan sebuah jambatan akan ditenggelami air selepas hujan tanpa henti selama dua jam.

Seorang penduduk, Chong Lip Meng, 48, menyifatkan situasi itu amat meletihkan mereka apabila terpaksa mencuci segala lumpur dan kesan air yang melimpah masuk ke dalam rumah.

Menurutnya, pada masa yang sama mereka juga terpaksa berdepan kerugian apabila harta benda gagal diselamatkan kerana air naik terlalu cepat.

“Kami trauma kerana kampung ini pernah dilanda banjir besar pada tahun 2014 dan masih terdapat kotoran kesan banjir itu.

“Setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumah kami selalu dilimpahi banjir kilat. Jambatan besi menghala ke rumah kami juga semakin buruk kerana sering terjejas banjir kilat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Chong Yok Fon, 50, memberitahu, penduduk berharap agar langkah drastik dapat diambil untuk membantu penduduk yang terjejas.

Katanya, penduduk terlibat masih belum bersedia untuk berpindah ke lokasi baharu kerana kawasan rumah mereka berdekatan dengan kebun.

“Air banjir bukan sahaja memasuki kawasan rumah, tetapi, melimpah ke atas jalan menyebabkan penduduk terputus hubungan beberapa jam dan tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang.

“Kami berharap pihak berwajib dapat kenal pasti punca masalah dan naik taraf longkang atau sistem perparitan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau sedia maklum akan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batu Papan 2.

“Masalah ini perlu diteliti dan langkah proaktif perlu dicari segera agar punca sebenar kejadian banjir kilat ini dapat dikenalpasti.

“Pihak berwajib disaran tidak lagi bertangguh dalam hal ini memandangkan monsun timur laut akan dihadapi dalam masa terdekat yang menyebabkan masalah itu akan berulang,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya