4 calon bersaing di P.108 Parlimen Shah Alam - Utusan Malaysia

4 calon bersaing di P.108 Parlimen Shah Alam

(Dari kiri) Azli Yusof, Mohd. Rafique, Hizatul Isham Jalil dan Afif Bahardin menjulang tangan selepas penamaan calon Parlimen Shah Alam di Dewan Teratai Seksyen 19, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Empat calon bertanding merebut kerusi Parlimen P.108 Shah Alam yang dikosongkan Khalid Abdul Samad yang bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Asma Zin berkata, keempat-empat yang dinamakan oleh parti masing-masing tiada masalah dengan borang pencalonan dan lulus untuk bertanding bahagian pilihan raya tersebut.

“Calon nombor satu daripada Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof.Calon nombor dua daripada Parti Pejuang, Mohd. Rafique Rashid Ali.

“Calon ketiga daripada Barisan Nasional (BN), Hizatul Isham Jalil dan keempat, Parti Perikatan Nasional (PN), Dr.Afif Bahardin,” kata beliau pada Majlis Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) P.108  Parlimen Shah Alam di Dewan Teratai Seksyen 19 hari ini.

Terdahulu kesemua calon hadir bersama ratusan penyokong  seawal pukul 8 pagi di kawasan berkumpul yang telah ditetapkan.

Penyokong-penyokong berada dalam terkawal tanpa  insiden yang tidak diingini. Bermula hari ini kesemua calon tersebut diberi ruang berkempen sehingga pukul 12 tengah malam 18 November ini.

Untuk rekod pada PRU14, Khalid yang bertanding di bawah bendera PKR menang dengan mendapat  55, 949 undi dengan majoriti 33,849 undi menewaskan  Azhari Shaari daripada BN yang mendapat 22,100 undi dan Dr.Zuhdi Marsuki yang memperoleh 15,194 undi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya