3 kampung Rantau Panjang ditenggelami air

3 kampung Rantau Panjang ditenggelami air

ANGGOTA APM Daerah Pasir Mas membuat pemantauan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan. - IHSAN APM PASIR MAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tiga buah kampung di sini mula dinaiki air kesan limpahan air Sungai Golok susulan hujan lebat di kawasan Weng, di Selatan Thailand sejak beberapa hari lalu.

Hujan lebat menyebabkan aliran air Sungai Weng memasuki Sungai Golok sekali gus menyebabkan berlakunya peningkatan paras air.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd. Zain berkata, kampung terlibat ialah Kampung Tersang, Padang Licin dan Tok Deh.

“Buat masa ini air Sungai Golok berada pada paras 8.10 meter. Paras tersebut sudah melepasi paras waspada ketika ini,” katanya ketika dihubungi malam ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya