19,406 polis, tentera undi awal di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

19,406 polis, tentera undi awal di Negeri Sembilan

SEBAHAGIAN anggota polis menunaikan tanggungjawab mengundi awal pada PRU15 di pusat undi di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 19,406 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, jumlah itu membabitkan 15,048 pengundi tentera serta 4,358 pegawai dan anggota polis.

Ahmad Dzaffir berkata, terdapat 67 saluran mengundi awal di 37 pusat mengundi awal di seluruh Negeri Sembilan yang dibuka hari ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,035 anggota dan pegawai polis menjalankan tanggungjawab mengundi awal di pusat undi di Balai Polis Jalan Campbell di sini.

“Kebanyakan daripada mereka adalah yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi awal pada hari ini dan persediaan rapi yang telah dijalankan semalam.

Sementara itu, tinjauan di Balai Polis Jalan Campbell di sini mendapati pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat beratur seawal 7 pagi dengan rata-rata berpakaian uniform lengkap.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seremban, Felicia Wong Yin Ting turut hadir bertemu anggota polis bagi mendapatkan sokongan daripada mereka.

“Balai Polis Jalan Campbell merupakan stesen pertama lawatan saya pagi ini dan respon daripada anggota serta pegawai polis sangat positif. Draf aku janji saya mengambil kira kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk anggota polis dan tentera,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya