Warga emas hantar mesej lucah kepada anak tiri - Utusan Malaysia

Warga emas hantar mesej lucah kepada anak tiri

TERTUDUH yang juga seorang pesara kerajaan diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menghantar mesej secara seksual terhadap anak tirinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menghantar mesej WhatsApp secara seksual dan menjijikkan terhadap anak tirinya berusia 14 tahun, sejak Jun lalu. 

Tertuduh yang berumur 60 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. 

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga keempat, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual ke atas anak tirinya berusia 14 tahun enam bulan dengan menghantar kandungan lucah antara 11 Jun 2022 sehingga 31 Ogos 2022.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 (1) (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dikenakan tidak kurang dua sebatan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bemban dalam daerah Jasin. 

Difahamkan kejadian terbongkar selepas ibu mangsa dikatakan bercerai dengan tertuduh. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun, menawarkan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan meminta syarat tambahan dikenakan, sekiranya mahkamah ingin membenarkannya. 

Tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain memohon jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dan bayaran ikat jamin akan dibuat oleh anak kandungnya yang hadir pada prosiding. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai. 

Mahkamah turut menetapkan 23 November depan sebagai sebutan semula kes. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya