Wanita nyaris maut dihempap lori kontena - Utusan Malaysia

Wanita nyaris maut dihempap lori kontena

Keadaan kereta mangsa yang dihempap lori kontena di Jalan Sungai Pinang, Klang di sini, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja kilang nyaris menemui ajal apabila kereta dipandunya dihempap sebuah lori kontena yang tayarnya meletup di Jalan Sungai Pinang di sini, semalam.

Kejadian tular pukul 12.40 tengah hari itu mengakibatkan wanita berusia 36 tahun patah tangan kiri dan retak pada bahunya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, ketika kejadian lori dipandu seorang lelaki itu datang dari arah Westport menghala ke sebuah kilang di sekitar kawasan tersebut.

“Sewaktu mahu membelok ke kiri, tayar kanan hadapan lori berkenaan dikatakan tiba-tiba meletup.

“Keadaan itu menyebabkan pemandunya gagal mengawal pemanduan lalu terbalik dan menghempap kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa yang berada di Zon Kuning hospital itu dilaporkan stabil.

“Kerosakan keretanya remuk di bahagian bumbung dan bonet hadapan,” ujarnya.

Tambah Hoong Fong, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN