Wan Azizah tanding Bandar Tun Razak, Nik Omar ke Pasir Salak - Utusan Malaysia

Wan Azizah tanding Bandar Tun Razak, Nik Omar ke Pasir Salak

MAJLIS Pimpinan Pusat PKR mengumumkan penyusunan semula enam Majlis Pimpinan Negeri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: PKR menamakan 72 calon parti itu yang akan bertanding pada PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diumumkan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak manakala anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar diletakkan di Parlimen Pasir Salak.

Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bertanding di Parlimen Gombak manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail diletakkan di Ampang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli merebut Parlimen Hang Tuah Jaya manakala Ketua Wanita PKR, Senator Fadhlina Siddiq bertanding di Parlimen Nibong Tebal dengan Pengerusi Save-Kelantan, Datuk Husam Musa pula dipertaruh ke Parlimen Pasir Mas.

Kumpulan calon-calon yang terpilih naik ke pentas secara berperingkat untuk menandatangani borang Aku Janji.

Borang tersebut difahamkan melibatkan persetujuan pemulangan wang deposit pencalonan, potong elaun jika menang jadi wakil rakyat dan setuju isytihar harta.

Antara penyandang kerusi Parlimen yang terus diberi kepercayaan ialah Dr.
Maszlee Malik (Simpang Renggam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) dan Nurul Izzah kekal di Permatang Pauh. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya