USIM terima 2,456 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda -

USIM terima 2,456 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda

SHARIFUDIN Md. Shaarani (empat dari kiri) beramah mesra bersama ibu bapa dan pelajar baharu pada program Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 di USIM, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 2,456 orang pelajar baharu bagi pengambilan Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar secara fizikal bermula hari ini sehingga esok. 

Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, daripada jumlah itu, ia melibatkan seramai 1,686 orang pelajar wanita dan 770 orang pelajar lelaki yang mendaftar. 

“Seramai 2,456 pelajar mendaftar secara fizikal dan ia berjalan lancar hari ini. Kesemua pelajar mula melengkapkan pendaftaran universiti secara dalam talian mulai 7 hingga 11 Oktober lalu.

“Mereka akan menjalani program taaruf secara dalam talian menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) USIM dan fizikal mulai hari ini sehingga 16 Oktober depan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini pada program Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai di sini hari ini.

Menurut beliau, pada pendaftaran kali ini, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah menerima pelajar paling ramai iaitu melibatkan 600 orang pelajar dalam Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah manakala Ijazah Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) melibatkan seramai 100 pelajar baharu. 

“Dua program ini menerima sambutan yang agak baik. Alhamdulillah, program al-Quran dan sunah serta syariah (industri halal) telah menerima sambutan selama empat tahun.

“Ini termasuk mereka akan melanjutkan pelajaran dalam syariah (industri halal) selama tiga tahun manakala satu tahun dalam industri,” katanya. 

Dalam pada itu, Sharifudin menjelaskan, kesemua pelajar terlibat akan ditempatkan di empat lokasi kolej kediaman di universiti berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya