UMT tambah baik teknologi hasilkan benih ketam -

UMT tambah baik teknologi hasilkan benih ketam

DR. MOHD. IKHWANUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menambah baik teknologi penghasilan benih ketam bakau di lokasi memproduksi benih (hatcheri) di daerah Setiu dekat sini.

Kejayaan itu dicapai melalui kajian oleh Institut Akuakultur dan Tropika (Akuatrop) UMT yang dijalankan sejak 2014 di tanah bencah Setiu.

Pengarah Akuatrop, UMT, Prof. Dr. Mohd. Ikhwanuddin Abdullah berkata, usaha itu bagi mencari penyelesaian terhadap permintaan tinggi ke atas ketam bunga dan ketam nipah sebagai menu makanan dan alternatif merawat demam denggi oleh rakyat Malaysia telah memberi tekanan kepada populasi haiwan itu.

“Usaha itu bukan sekadar untuk kegunaan penyelidikan, malah peningkatan populasi ketam turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti setempat.

“Ia mencerminkan hubung kait antara sebuah gedung ilmu yang memiliki kepelbagaian bidang kepakaran dalam memberikan faedah serta manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dr. Mohd. Ikhwanuddin berkata, kajian itu berkaitan habitat dan pembenihan spesies ketam tersebut untuk meningkatkan populasinya terutama di daerah Setiu

Menurutnya, antara objektif program adalah menghasilkan formulasi makanan untuk larva dan induk ketam bakau, meningkatkan kematangan kelenjar reproduksi induk ketam bakau dan kualiti serta kadar hidup benih ketam itu.

“Kita juga mengkaji keberkesanan sistem kandang ketam terhadap jumlah populasi ketam nipah di habitat semula jadi serta mengkaji keberkesanan aktiviti ternakan ketam dalam sistem kandang.

“Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat peningkatan populasi ketam di kawasan tersebut selepas penganjuran program yang melibatkan masyarakat setempat dilaksanakan secara bersama di mana UMT dapatkan induk ketam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di Terengganu, spesies ketam nipah mudah didapati di sekitar Setiu terutama di Kampung Fikri dan Kampung Pengkalan Gelap yang menjadi sumber rezeki untuk penduduk di kawasan tersebut.
Kajian itu bukan tertumpu kepada ketam sahaja, malah pihaknya telah membuat pelbagai kajian berkaitan pengkulturan, pembiak-bakaan, pembenihan dan lain-lain terhadap udang, ketam, ikan, belangkas, kuda laut dan spesies lain. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya