UMNO Kelantan umum calon PRU15 seminggu lagi -

UMNO Kelantan umum calon PRU15 seminggu lagi

AHMAD Jazlan Yaakob (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan akan memuktamadkan senarai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN)  pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa seminggu lagi.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, senarai calon yang akan bertanding di 14 kawasan Parlimen itu sudah dipersembahkan kepada pucuk pimpinan parti termasuk Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, bagaimanapun senarai nama itu masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi dalam tempoh beberapa hari lagi untuk memutus dan memperincikan senarai calon BN yang akan diketengahkan pada PRU15.

“Saya akan memohon kepada presiden supaya dapat mengetahui lebih awal senarai calon terpilih untuk memberi maklumat kepada setiap pengerusi di Parlimen dan ketua bahagian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan di sini malam tadi.

Penyandang kerusi Parlimen Machang itu memberitahu, sebanyak lima nama dikemukakan untuk setiap kerusi parlimen di negeri ini.

Katanya, calon-calon yang terpilih terdiri daripada pelbagai latar belakang merangkumi orang muda, wanita, ahli akademik dan orang politik.

“Jadi, terpulang kepada pemimpin tertinggi untuk memilih. Lima nama calon yang telah dipilih bagi setiap kerusi parlimen sudah melalui tapisan yang halus agar UMNO Kelantan dapat menghidangkan calon terbaik dalam PRU15.

“Apa yang penting adalah untuk memberikan kemenangan kepada BN di negeri ini pada PRU15. Selain itu, kita mempertahankan lima kerusi Parlimen BN yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita yakin dapat menambah bilangan kerusi sekiranya rakyat memberi sokongan kepada kita,” ujarnya.

Ketua UMNO Bahagian Machang itu berkata, melihat kepada perkembangan politik Kelantan mutakhir ini, beliau yakin rakyat sudah bersedia untuk memberi sokongan kepada BN. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya