UMNO Bahagian Kota Raja dan Kuala Langat sokong Ismail Sabri

UMNO Bahagian Kota Raja dan Kuala Langat sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

KAMARUZAMAN (dua dari kanan) dan Noh Omar memegang bendera BN sempena pelancaran jentera PRU15 BN Kota Raja selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian tersebut semalam.-UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO Bahagian Kota Raja meluluskan usul melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Menurut Ketua Bahagiannya, Datuk Kamaruzaman Johari usul tersebut diluluskan dengan sebulat suara oleh semua perwakilan.

“Mesyuarat yang bermula pukul 2.30 petang dan tamat pukul 5 petang telah meluluskan usul Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

“Selepas mesyuarat semalam kita turut mengadakan majlis perasmian jentera PRU15 Barisan Nasional (BN) Kota Raja oleh Tan Sri Noh Omar pada pukul
6 petang semalam,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas usul melantik Ismail Sabri semula sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja petang semalam.

Sementara itu semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO kekal mengekalkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15.

Ahmad Zahid sehubungan itu menafikan dakwaan pembangkang yang beliau akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali mentadbir kerajaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Abdul Razak Khasbollah memberitahu, walaupun tiada usul khas perhubungan usul khas melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, ia tetap dibahaskan oleh perwakilan bahagian tersebut.

“Dalam perbahasan usul politik ada disebut Ismail Sabri sebagai poster boy dan Perdana Menteri selepas PRU 15.

“Walaupun tiada usul khas, kita tetap memberi sokongan sebagaimana keputusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu UMNO Bahagian Kuala Langat mengadakan Mesyuarat Bahagian Perwakilan Bahagian tersebut semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya