Tiga remaja didakwa rogol gadis 13 tahun - Utusan Malaysia

Tiga remaja didakwa rogol gadis 13 tahun

TIGA remaja berusia 17 dan 16 tahun merogol seorang gadis berusia 13 tahun secara berasingan pada 8 hingga 10 Oktober lalu didakwa di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun antara 8 hingga 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga orang kena tuduh (OKT) itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali.

Mengikut pertuduhan, OKT pertama berusia 17 tahun berdepan dua pertuduhan apabila didakwa merogol gadis berkenaan di dua lokasi berbeza iaitu di sebuah pondok sekitar Jalan Padang Melangit, Beseri serta kawasan hutan Bukit Nyatoh, Padang Besar. 

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada 9 dan 10 Oktober lalu antara pukul 11.30 pagi dan 7.30 malam.

Selain itu, OKT kedua pula juga berusia 17 tahun didakwa merogol gadis berkenaan pada 9 Oktober sekitar pukul 12 tengah hari di kawasan hutan Bukit Nyatoh, Padang Besar. 

Manakala OKT ketiga berusia 16 tahun pula didakwa melakukan perbuatan berkenaan ke atas mangsa yang sama pada 8 Oktober lalu sekitar pukul 11.30 pagi di Kampung Guar Lepai, Arau.

Ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh diwakili peguam Syed Saifulizan Syed Abd Razak.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM1,500 kepada OKT pertama mana dua lagi pihak dituduh ditawarkan jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 30 November depan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya