'Terima kasih viralkan saya semula'

‘Terima kasih viralkan saya semula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nuha Bahrin berterima kasih kepada individu yang memuat naik video lama nyanyiannya hingga menyebabkan dia kembali dikecam warga maya.

Enggan peduli dengan kata-kata sindiran tersebut, penyanyi lagu Casablanca sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.

Nuha berkata, dia tidak terasa hati dengan kecaman, makian dan hinaan yang dilontarkan ramai kerana itu antara dugaan yang perlu dihadapi apabila memilih untuk menjadi anak seni.

Cuma, akui Nuha, emosinya sedikit terganggu apabila melihat ibunya terkesan dengan pelbagai komen negatif yang mengguris perasaan.

“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.

“Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab, semalam.

Nuha mengulas mengenai isu video tular nyanyiannya yang pernah menerima kritikan ramai ketika menyertai program realiti, Vokal Mania, dua tahun lalu.

Ketika beraksi dalam program yang disiarkan di TV3 itu, Nuha membawakan lagu Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Nuha dan pasangan duetnya, Naufal Azrin muncul dengan single Casablanca dalam versi Arab sepenuhnya selepas lagu tersebut berjaya meraih tontotan 24 juta di YouTube.

Lagu ciptaan sepenuhnya Daqmie dan Wan Salleh itu turut menambat hati pendengar di Indonesia.

Rentetan kejayaan tersebut, pihak pengurusan Bee Good Music dan Universal Music mahu memasarkan lagu itu ke negara Asia Barat.

Menurut Nuha, dia juga terbaca komen peminat dari Casablanca dan negara Asia Barat lain yang mahu single tersebut dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa Arab.

“Alhamdulillah, lagu ini mempunyai magis yang tersendiri dan kejayaan sentuhan abang Daqmie dan Wan Salleh hingga mendapat perhatian orang luar adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan.

“Bukan semua komposer boleh menghasilkan lagu sehebat ini, apatah lagi abang Daqmie sebelum ini lebih banyak fokus kepada penerbitan lagu nasyid dan genre agak berat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya