Tanda tanya lapan deretan kedai di Durian Hijau terbiar -

Tanda tanya lapan deretan kedai di Durian Hijau terbiar

PROJEK premis perniagaan yang terbiar dan diselaputi semak samun dan rosak di Kampung Durian Hijau di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kewujudan lapan buah premis perniagaan yang didakwa sudah hampir 10 tahun belum dibuka mencacatkan pemandangan di Kampung Durian Hijau di sini.

Keadaaan premis di situ kini dikelilingi semak samun dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada ia sudah siap sepenuhnya atau bila akan beroperasi untuk kemudahan penduduk di situ.

Keadaan persekitarannya yang tidak terurus turut mendapat perhatian orang ramai yang kerap melalui jalan di kampung itu dari kawasan perkampungan Rumpun Makmur, Felda Jengka 24 dan Felda Jengka 25 menuju ke bandar Jerantut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Ismail Ahmad, 50, berkata, premis itu didakwa rosak di siling manakala bumbungnya bocor.

“Saya pun tidak tahu sama ada bangunan kedai ini belum atau sudah siap sepenuhnya. Kenapa pula terbiar sehingga dipenuhi semak dan lama-kelamaan akan runtuh.

“Jika pihak berwajib berusaha membaikpulih sudah tentu pengusaha di sini boleh membuka perniagaan makanan dan barang keluaran kampung membolehkan penduduk di sini berbelanja keperluan tertentu,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Nur’ain berkata, pihak bertanggungjawab tidak perlu membina premis perniagaan yang banyak memadai cuma dua atau tiga pintu kedai sahaja memadai bagi jumlah penduduk di situ.

“Sekiranya pembinaan ini terbengkalai atau tidak diuruskan dengan baik ia merugikan sedangkan ada beberapa tempat lain sangat memerlukan premis perniagaan,” katanya.

Justeru, katanya, pihak Majlis Daerah Jerantut (MDJ) sewajarnya membaikpulih premis ini daripada terbiar supaya ada pengusaha yang mampu boleh berniaga di situ.

Sementara itu, wakil kerajaan negeri, Datuk Nazri Ngah menyifatkan pembinaan premis itu membazir kerana jumlah penduduk di situ tidak ramai dan kuasa membeli juga kurang.

“Kerana pihak berkenaan tidak merancang dengan betul berasaskan kapasiti penduduk dan tidak strategik, hari ini kita dapat lihat banyak premis di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbiar dan rosak serta gagal dimanfaatkan untuk pembangunan sektor perniagaan,” katanya.

Ujarnya, ada beberapa lagi premis perniagaan di kawasan PBT yang mengalami keadaan yang sama seperti di Kampung Perian, Pulau Tawar juga terbiar tanpa pengusaha yang menyewa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya