PETALING JAYA: Usaha menanam sayur di tanah didakwa diceroboh di Puchong itu membabitkan modal besar bagi mendapat hasil lumayan. Mengikut maklumat yang dikumpul Utusan Malaysia, beberapa pekerja memaklumkan kebun-kebun yang dikuasai beberapa warga tempatan dan warga asing itu menggunakan teknologi penanaman yang sistematik seperti sprinkler automatik, sistem perpaipan moden, dan tiang-tiang besi serta konkrit yang mengelilingi kebun. Tinjauan dari luar kebun-kebun tersebut turut melihat sekurang-kurangnya lima pondok penempatan dan pusat pembersihan sayuran dibangunkan oleh pengusaha kebun sayur itu. Selain itu, sebuah kebun mempunyai sebuah pondok khas yang digunakan sebagai dapur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya