SPR bincang tarikh PRU15 20 Oktober ini - Utusan Malaysia

SPR bincang tarikh PRU15 20 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Bugaya, 20 Oktober ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu berlangsung pada pukul 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU Ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut berlangsung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya