Simpang Renggam kekal jika 80% keluar mengundi

Simpang Renggam kekal jika 80% keluar mengundi

MASZLEE MALIK (duduk, tengah) bersama pemimpin PH selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya PH di Pejabat PKR Simpang Renggam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pakatan Harapan (PH) yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam sekiranya peratusan mengundi  mencecah 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, jika sasaran itu tercapai, pihaknya yakin kerusi tersebut mampu dimenangi seperti pada PRU14.

“Belum ditetapkan siapa yang akan bertanding mewakili PH, namun menerusi amanat presiden parti, saya diminta untuk mempertahankan kerusi Parlimen ini. 

“Walau siapa pun calon yang dipertaruhkan oleh Barisan Nasional (BN) nanti, saya yakin akan mengekalkannya demi rakyat yang semakin diabaikan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU PH di Pejabat PKR Simpang Renggam, di sini.

Menurut Maszlee, untuk memastikan kemenangan PH, persiapan jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan zon sudah hampir siap sepenuhnya. 

“Persiapan ini bagi memastikan pergerakan kempen dan usaha memberi penjelasan kepada rakyat berjalan lancar serta sudah bermula,” katanya. 

Pada PRU14, Maszlee memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam dengan majoriti 3,475 undi, menewaskan calon BN, Liang Teck Meng dan calon Pas, Jubri Selamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya