Sharifah Sakinah, Michael Hensen berpisah?

Sharifah Sakinah, Michael Hensen berpisah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hantaran dimuat naik pelakon, Sharifah Sakinah di Instagram seakan-akan memberi bayangan rumah tangganya sudah berakhir mencetuskan tanda tanya ramai.

Dalam hantaran yang disertakan foto bersama suaminya, Michael Hensen tersebut, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, menulis kapsyen yang membayangkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.

“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.

“Sebab itu, kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya dalam Instagram.

Sakinah bagaimanapun, mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut menerusi panggilan telefon, bagaimanapun tidak dibalas.

Februari lalu, Sakinah memilih Michael, 42, yang berasal dari Sweden sebagai pasangan hidup selepas mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, pelakon kontroversi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, tetapi bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 5.

Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya