Shahidan calon tunggal Parlimen Arau - Utusan Malaysia

Shahidan calon tunggal Parlimen Arau

SHAHIDAN Kassim (dua dari kiri) beramah mesra bersama anak muda di Kampung Guring Tengah, Pauh, Perlis, semalam. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau hanya mengemukakan nama Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai calon tunggal di Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Shahidan yang telah menghantar senarai nama calon tersebut di peringkat UMNO pusat dan perhubungan negeri.

Katanya, pemilihan beliau sebagai calon tunggal di Parlimen Arau adalah atas pilihan jawatankuasa UMNO Bahagian bagi memastikan calon-calon yang diketengahkan itu boleh menang di kawasan berkenaan.

“Bukan saya tentukan, pilihan jawatan kuasa bahagian. Kalau ada pilihan lain (calon Parlimen Arau) boleh kemukakan. Tengoklah apa yang diputuskan Majlis Tertinggi parti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan akan terus mempertahankan Parlimen Arau dalam PRU15.

Ahli Parlimen Arau itu dilaporkan berkata, Parlimen tersebut merupakan kawasan menang yang tidak perlu direbutkan.

Katanya, beliau cukup bersemangat dalam menghadapi PRU15 dan yakin mendapat kemenangan cemerlang di kawasan tersebut.

Sebagai rekod, Shahidan yang cukup sinonim di kawasan Parlimen Arau menguasai Parlimen tersebut pada pilihan raya 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Arau pula, terdapat beberapa nama dicadangkan untuk diserahkan kepada UMNO pusat.

“Calon yang diketengahkan itu adalah yang mampu menang memandangkan pilihan raya kali dilihat sangat mencabar,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya