Seluruh negara mulai hujan lebat, angin kencang dan ribut petir -

Seluruh negara mulai hujan lebat, angin kencang dan ribut petir

KEADAAN cuaca buruk dengan hujan lebat menuntut orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama ketika di jalan raya.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh negara kini berada dalam fasa peralihan monsun baharu iaitu sehingga awal November depan yang akan mengakibatkan ribut petir.

Berdasarkan dalam satu kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) ketika fasa tersebut, rantau negara ini juga dijangka berlakunya hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kebanyakan kawasan yang terlibat adalah negeri-negeri di Pantai Barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta bahagian barat hingga ke tengah Sarawak. 

“Keadaan cuaca tersebut dijangka menyebabkan berlakunya banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” kata kenyataan METMalaysia tersebut. 

METMalaysia turut memaklumkan, kebiasaan Monsun Timur Laut pula akan bermula pada bulan November dan akan berakhir pada Mac tahun hadapan.

Ketika monsun tersebut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah Timur Laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya