Saya setia dengan parti dan mengutamakan prinsip - Syed Saddiq -

Saya setia dengan parti dan mengutamakan prinsip – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, status sama ada beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan ditentukan oleh parti dalam masa terdekat.

Meskipun masih terikat dengan kes mahkamah, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat di kawasan itu untuk memilihnya sebagai calon.

“Apapun saya perlu bawa isu ini kepada parti. Saya orang yang setia dengan parti dan mengutamakan prinsip,” katanya kepada wakil media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ditemui bagi mendapat reaksi ekoran keputusan Makamah Tinggi memerintahkan beliau membela diri terhadap empat pertuduhan termasuk pecah amanah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa atas pertuduhan pindaan bersubahat melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta milik sebuah parti politik.

Tiga pertuduhan lain ialah menyalahgunakan harta RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dan dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan wang sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Ketika ditanya sama ada keputusan mahkamah akan memberikan kesan kepada kempen Muda pada PRU15, Syed Saddiq menyatakan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian.

“Terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan, tetapi daripada perspektif Muda, apa yang kami buat ialah mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan isu ini secara terperinci,” katanya.

Syed Saddiq menegaskan, keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya tidak melemahkan semangat dan prinsip untuk terus berjuang dan membela rakyat.

“Saya masuk politik untuk bersihkan politik. Walau apapun ugutan dan sogokan, ia tidak akan melemahkan semangat dan prinsip saya untuk berjuang dan membela rakyat,” ujarnya.

Syed Saddiq berpendirian, sudah tiba masa beliau diberi peluang membersihkan namanya daripada pertuduhan tersebut dengan memberi keterangan secara bersumpah selain memanggil saksi-saksi pembelaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya