Rundingan GTA-PN belum selesai - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Rundingan GTA-PN belum selesai – Dr. Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad ketika mengadakan sidang akhbar khas di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) memaklumkan, rundingan kerjasama politik dan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Perikatan Nasional (PN) masih berlangsung dan belum dimuktamadkan.

Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rundingan dengan PN adalah bagi memastikan tiada kerusi bertindih antara calon Pejuang dan PN.

“Buat masa ini, rundingan kerusi itu membabitkan tiga wakil daripada GTA termasuk saya, Mukhriz dan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.

“PN pula diwakili Bendahari PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Rundingan dan perbincangan itu bagaimanapun tidak membabitkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kata bekas Perdana Menteri itu, pihaknya memberi masa dua hari kepada PN untuk menyelesaikan rundingan itu sebelum senarai penuh calon GTA diumumkan pada 2 November ini.

Sebelum ini, Mukhriz memaklumkan,  GTA dan PN kini berusaha mencapai persefahaman sebelum rundingan secara rasmi dibuat.

Katanya, kerjasama itu mampu dicapai sekiranya kedua-dua pihak dapat mengetepikan perbezaan pendapat dan menetapkan matlamat dalam memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menang PRU15.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya