Remaja lemas, rakan diselamatkan orang awam

Remaja lemas, rakan diselamatkan orang awam

MANGSA lemas ditemukan pada kedalaman 10 kaki dibawa naik oleh pasukan bomba dalam kejadian lemas di Tasik 3 Beradik, Seri Alam. Pasir Gudang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kegembiraan dua sahabat bermandi-manda di Tasik 3 Beradik, Seri Alam, Pasir Gudang berakhir dengan tragedi apabila salah seorang mati lemas.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 15 tahun ditemukan lemas, manakala rakan sebayanya berjaya diselamatkan.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Rizal Buang berkata, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang digerakkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada 9.57 pagi tadi.

Setibanya di tempat kejadian didapati benar terdapat dua mangsa telah lemas ketika sedang mandi di tasik tersebut.

“Seorang mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai di lokasi dan mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut. 

“Mangsa kedua berjaya dijumpai berada di dalam tasik pada kedalaman 10 kaki dan sejauh tujuh meter dari tebing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi dan jenazahnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar ditamatkan pada pukul 12.14 tengah hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya