Rakaman remaja perempuan 'dibelasah' lelaki didakwa berlaku

Rakaman remaja perempuan ‘dibelasah’ lelaki didakwa berlaku di Sabah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak rakaman tular video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet sejak semalam.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding.

Lelaki itu kemudian menyerangnya lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berkali-kali.

Perempuan itu bagaimanapun tidak melawan dan hanya menangis menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding.

Setakat ini, tidak dipastikan bila kejadian itu berlaku, namun, lokasi kejadian didakwa seperti di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.

Sehingga kini, Utusan Malaysia masih menunggu maklum balas PDRM mengenai kejadian itu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya