PRU15: UMNO Perlis kemuka lima nama calon Parlimen, DUN -

PRU15: UMNO Perlis kemuka lima nama calon Parlimen, DUN

AZLAN Man (belakang, tiga dari kiri) bergambar bersama para penerima sewaktu Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tanah Kerajaan di Negeri Perlis di Dewan Besar Felda Chuping, Padang Besar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: UMNO Perlis mengemukakan sekurang-kurangnya lima nama calon bagi setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk disaring seterusnya dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Perkembangan tersebut juga sekali gus bertentangan dengan kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini yang menyatakan bahawa Jawatankuasa UMNO Bahagian hanya mengemukakan nama beliau sebagai calon tunggal di kerusi itu.

Azlan berkata, semua nama berkenaan akan disaring dan dipertimbangkan oleh lima pemimpin tertinggi UMNO (Top 5) sebelum dimuktamadkan.

“Calon-calon yang dikemukakan itu juga terdiri daripada kombinasi muka lama dan baharu meliputi pelbagai lapisan usia.

“Semua wakil rakyat ketika ini bersama empat ke lima nama lain yang dikemukakan bagi setiap kawasan adalah calon yang layak untuk dipertimbangkan oleh Top 5,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tanah Kerajaan di Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Besar Felda Chuping, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau hanya mengemukakan nama Ketua Bahagiannya,  Shahidan sebagai calon tunggal di Parlimen Arau dalam PRU15.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Shahidan yang telah menghantar senarai nama calon tersebut di peringkat UMNO pusat dan perhubungan negeri.

Kata Shahidan, pemilihan beliau sebagai calon tunggal di Parlimen Arau adalah atas pilihan jawatankuasa UMNO Bahagian bagi memastikan calon-calon yang diketengahkan itu boleh menang di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Bintong atau ke Parlimen, Azlan berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat berhubung perkara itu dan menyerahkannya kepada pimpinan tertinggi parti.

“Kalau saya diputuskan untuk kekal di DUN pun saya terima dan kalau kena pindah (ke Parlimen) pun saya terima,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya