PRU15: Tumpat 'bergolak' selepas Pas Kelantan tidak calon nama

PRU15: Tumpat ‘bergolak’ selepas Pas Kelantan tidak calon nama Che Abdullah

CHE Abdullah Mat Nawi (kiri) beramah mesra penduduk di Kepulauan Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pas Tumpat dilaporkan ‘bergolak’ selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilaporkan tidak tercalon untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Sumber mendedahkan, perkhabaran tersebut menyebabkan jentera parti di Tumpat membuat keputusan untuk memboikot kerja-kerja memasang bendera Pas menyaksikan kawasan yang merupakan deposit tetap bulan itu sendu.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada dalam kalangan penyokong dan pengundi membuat ketetapan untuk tidak keluar mengundi pada 19 November ini.

“Saya difahamkan golongan perantau memaklumkan tidak balik mengundi sekiranya pucuk pimpinan parti tidak memberi ruang kepada Che Abdullah untuk kekal di Tumpat.

“Apa yang pasti, keputusan ini akan memberikan kesan kepada parti. Untuk makluman, penyokong di peringkat akar umbi bingung dengan apa yang berlaku memandangkan Che Abdullah rapat dengan rakyat dan komited berkerja untuk parti,” katanya.

Sumber memberitahu, 85 peratus kepimpinan di peringkat akar umbi terutama cawangan Pas di Tumpat mahu tokoh itu kekal menjadi calon.

Katanya, dia tidak bersetuju pucuk pimpinan parti mahu membawa masuk calon ‘import’ bagi menggantikan Che Abdullah.

“Sebagai orang yang selalu bersama akar umbi, tiada keperluan untuk berbuat demikian,” ujarnya.

Pada PRU14 lalu, Che Lah menang dengan majoriti 17,500 sekaligus menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PKR. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya