PRU15: Lawan Dap atau MCA, Gerakan serah kepada pucuk

PRU15: Lawan DAP atau MCA, Gerakan serah kepada pucuk pimpinan

MAK Kah Keong (tiga dari kiri) memegang bendera parti Gerakan di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Parti Negeri Kelantan di Hote Crystal Lodge, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi menentukan sama mereka akan bertanding di kawasan DAP atau MCA pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) 9 November ini.

Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong berkata, pada masa yang sama Gerakan akan turut mengambil kira pandangan di semua peringkat termasuk akar umbi dan jentera parti sebelum membuat keputusan.

“Setakat ini, kami masih belum mengetahui jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada Gerakan. Keputusan itu akan diketahui dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun, Gerakan sudah isyarat untuk bertanding dan kami ada calon sesuai yang akan mewakili parti nanti,” katanya yang mewakili Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe  Chai pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Parti Negeri Kelantan di sini hari ini.

Kah Keong memberitahu, Gerakan akan terus berusaha membantu kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 nanti.

Katanya, kemenangan ini penting bagi memastikan PN kembali mentadbir negara selepas PRU15 nanti.

Dalam perkembangan lain, Kah Keong berkata, Gerakan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan logo Pas di Kelantan.

“Di Terengganu dengan Kedah, kalau diberi peluang kita tidak ada masalah. Setakat ini, secara rasminya daripada pucuk kepimpinan saya tidak tahu dan Kedah kita pernah bincang perkara tersebut,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN