PRU15: Cikgu Rafee sahkan dicalon tanding Hang Tuah Jaya

PRU15: Cikgu Rafee sahkan dicalon tanding Hang Tuah Jaya

MOHD. RAFEE Ibrahim (kiri) bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar PH negeri di Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya, Mohd. Rafee Ibrahim mengesahkan namanya disenarai sebagai salah seorang calon bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Rafee berkata, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin turut disenaraikan.

“Nama saya juga ada sebagai calon dan dihantar untuk tindakan selanjutnya. Terpulang kepada pihak urus setia yang menguruskan pemilihan calon.

“Kami di peringkat parti cabang Hang Tuah Jaya akur siapa sahaja yang dipilih untuk bertanding di kerusi berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar Pakatan Harapan (PH) Melaka di sini hari ini.

Pada PRU14, Shamsul Iskandar menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dengan majoriti 8,640 undian.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada Mohd. Rafee dalam pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya pada Mei lalu.

Dalam pada itu, mengenai siri Jelajah Mega Harapan peringkat negeri, Mohd. Rafee memaklumkan, program tersebut akan diadakan di Taman Sungai  Petai Permai, Alor Gajah pada 25 Oktober ini.

Kata Pengarah Komunikasi PH Melaka itu, program yang bermula pukul 8 malam turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti seperti Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

“Pada malam itu juga PH negeri akan melancarkan jentera parti bagi menghadapi PRU15. Justeru, saya menjemput seluruh rakyat dan yang tinggal berhampiran Melaka seperti di Tampin dan Port Dickson, Negeri Sembilan untuk datang mendengar amanat daripada barisan kepemimpinan PH.

“Kita juga mahu memberi satu tawaran yang betul-betul dapat membawa kestabilan kepada negara agar situasi pasca PRU14 lalu tidak berulang kembali,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya