PRU-15: Majikan diminta beri kelonggaran pekerja keluar mengundi

PRU-15: Majikan diminta beri kelonggaran pekerja keluar mengundi

M. SARAVANAN (kanan) menyampaikan sumbangan sempena Deepavali di Dewan Mahatma Gandhi, Tapah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Semua majikan diminta memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kelonggaran itu boleh diberikan dalam bentuk cuti peristiwa, cuti ganti atau memberi tempoh masa beberapa jam untuk keluar mengundi.

Katanya, tindakan majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah hak warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi, saya minta majikan akur keputusan kerajaan dan membenarkan pekerja keluar untuk mengundi.

“(Sekiranya tidak dibenarkan), kita tengoklah mereka akan diambil tindakan mengikut peraturan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Deepavali bagi Parlimen Tapah di Dewan Mahatma Gandhi di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 2,500 masyarakat India di Parlimen Tapah menerima sumbangan berupa pakaian dan duit raya.

Sementara itu, mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan perayaan Deepavali pada 24 Oktober ini terganggu berikutan pilihan raya, beliau menegaskan alasan perayaan hanya dijadikan modal politik pembangkang.

Katanya, kebimbangan akan kalah pada pilihan raya akan datang menyebabkan pihak berkenaan cuba memainkan isu perayaan.

“Mereka ini tiada modal untuk hadapi pilihan raya, sebab itu guna pelbagai alasan. Mereka tahu akan kalah dan rakyat akan tolak mereka, jadi mereka cari alasan mengapi-apikan (rakyat) guna musim perayaan,” katanya.

Menurutnya, tindakan pihak berkenaan sangat tidak bertanggungjawab hanya kerana tidak bersetuju PRU-15 diadakan segera.

“Ikut tradisi, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) akan beri masa secukupnya untuk penamaan calon, undi awal dan hari pengundian.

“SPR umum tarikh selepas 20 Oktober dan hari raya pula jatuh pada 24 Oktober, bermakna selepas Deepavali kita masih ada dua hingga tiga minggu untuk persediaan PRU-15,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya