Polis minta bantuan kesan wanita hilang sejak Mac  -

Polis minta bantuan kesan wanita hilang sejak Mac 

KOH Keng Jee hilang sejak Mac 2022 telah keluar rumah tanpa pengetahuan suaminya di Taman Cheng Perdana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berbangsa Cina berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Koh Keng Jee yang beralamat di Taman Cheng Perdana di sini keluar rumah tanpa pengetahuan suaminya pada 16 Mac 2022 kira-kira pukul 8 pagi.

Menurutnya, wanita yang berketinggian 160 sentimeter, berambut hitam paras bahu dan berkulit cerah itu kali terakhir dilihat memakai baju-T serta berseluar panjang.

“Berdasarkan keterangan suaminya, Keng Jee dikatakan suka berjudi dan berhutang, namun, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon atau apa-apa maklumat berkaitan kehilangan isterinya.

“Ahli perniagaan berumur 60 tahun itu turut menghubungi keluarga isteri dan rakan-rakannya, tetapi mereka tidak mengetahui di mana isterinya berada sehingga sekarang. Isterinya juga tidak dapat dihubungi.

“Pengadu memaklumkan dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya. Ekoran bimbang keselamatan wanita itu, satu laporan polis dibuat pada 29 April lalu kira-kira pukul 2 petang di Balai Polis Tanjung Minyak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, hebahan orang hilang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi mengesan wanita itu.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Ahmad Harun di talian 013-4025710.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak di talian 06-3353222,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya