Petronas santuni 600 golongan memerlukan sempena Deepavali -

Petronas santuni 600 golongan memerlukan sempena Deepavali

MOHD. ZAKI MAHAT menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima sempena sambutan Hari Deepavali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Petronas menyantuni sebanyak 600 keluarga B40, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sempena Program Sentuhan Kasih Deepavali.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Mohd. Zaki Mahat berkata, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut. 

Beliau berkata, Yayasan Petronas mengedarkan bantuan bekalan makanan beserta hamper perayaan kepada para penerima. 

“Bantuan bekalan makanan asas yang terdiri daripada beras, minyak masak, gula, tepung, sardin, teh dan kacang dhal serta bahan makanan seperti rempah beriani masala, tepung kesari, minyak sapi dan rempah kari diagih-agihkan kepada penerima terpilih.

“Sumbangan ini merupakan usaha berterusan membantu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan. Semoga sambutan Deepavali para penerima pada tahun ini lebih ceria dan bermakna,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Majlis simbolik penyerahan bantuan di tiga negeri itu telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah di Johor Bahru, Tangkak, Alor Gajah, Jasin dan Seremban.

Seorang penerima, S. Sivajothi, 35, bersyukur menerima sumbangan makanan dan barangan keperluan daripada Petronas buat pertama kali. 

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih kerana masih belum beli barangan untuk menyambut Deepavali, rasa gembira dengan bantuan makanan ini. Dapatlah bantu kami membuat persiapan perayaan nanti.”

Sivajothi yang bekerja sebagai pembantu bengkel besi buruk dekat sini menanggung perbelanjaan kos rawatan berkala anaknya yang mengalami sakit buah pinggang di samping memenuhi keperluan harian keluarganya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya