Perpustakaan mini tengah sawah, membaca sambil nikmati

Perpustakaan mini tengah sawah, membaca sambil nikmati ketenangan

DUA kanak-kanak sedang asyik membaca di perpustakaan mini di dalam kampung hasil inisiatif seorang anak muda di Balbuk Haus, Kampung Balik Bukit, Chuping, Padang Besar, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Bagi menarik minat orang ramai membaca, seorang anak muda mengambil inisiatif menjadikan sebuah pondok di tengah-tengah sawah sebagai perpustakaan mini di Balbuk Haus, Kampung Balik Bukit, Chuping di sini.

Menariknya, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah berlatarkan Bukit Chuping dan dikelilingi sawah padi sekali gus memberi ketenangan kepada mereka sambil membaca.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad Soffi Abdul Manah, 33, memberitahu, perpustakaan tersebut diwujudkan di kafenya sejak dua tahun lalu dengan ratusan bahan bacaan disediakan untuk para pengunjung selain untuk kemudahan penduduk sekitar.

Katanya, pelbagai jenis buku terdapat di perpustakaan mini tersebut seperti sastera Melayu, Indonesia, Inggeris, bahan bacaan berbentuk keagamaan, pengetahuan am, geografi dan pelbagai lagi.

“Menariknya, sambil membaca pengunjung boleh menikmati keindahan di kawasan sekeliling yang cukup memukau yang berlatar belakangkan Bukit Chuping dan sawah padi.

“Keindahan tersebut menjadi antara tarikan orang ramai ke sini dan perpustakaan mini tersebut diwujudkan bagi menyemai minat membaca dalam kalangan orang ramai khususnya secara fizikal,” katanya.

Tambah penggiat sastera dan aktivis seni itu, selain pengunjung, penduduk sekitar termasuk kanak-kanak juga sering datang membaca buku di pondok berkenaan.

“Selain itu, kita juga banyak menghadiahkan buku-buku kepada para pengunjung yang mengunjungi Balbuk Haus ini dengan setakat ini antara 400 ke 500 buah buku telah diberikan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Soffi berkata, disebalik orang ramai mula beralih arah kepada bahan bacaan menerusi dalam talian atau digital namun membaca buku secara fizikal lebih memberi kepuasan.

“Sebelum ini, lima ke 10 tahun lalu, industri buku berada pada tahap kemuncak namun kini orang mula beralih kepada bahan bacaan secara digital namun sebenarnya masih ramai yang selesa membaca secara fizikal,” kata aktivis sastera yang pernah memenangi hadiah Sastera Selangorkini pada 2015 itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya