Penyeludup tinggalkan 1,020 kg minyak masak peket

Penyeludup tinggalkan 1,020 kg minyak masak peket

ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP Kelantan memeriksa Proton Wira Aeroback yang sarat dengan 1,020 kilogram minyak masak peket di Jalan Hulu Stesen Kereta Api Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, semalam. -IHSAN KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup lari lintang pukang dengan meninggalkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang mengandungi 1,020 kilogram (kg) selepas dikejar oleh anggota penguat kuasa di di Jalan Hulu Stesen Kereta Api Wakaf Bharu, di sini semalam.

Suspek bertindak demikian bagi mengelakkan daripada ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dalam kejadian pukul 5 petang itu.

Pengarah KPDNHEP negeri, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota bertugas bersama Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat telah bertindak mengekori pergerakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, kereta tersebut dipandu suspek dari arah Pasir Pekan menghala ke Wakaf Bharu disyaki membawa barang kawalan itu untuk diseludup ke negara jiran.

“Menyedari diekori, suspek terus memecut laju menghala ke Jalan Hulu Stesen Kereta Api Wakaf Bharu dan meninggalkan kereta tersebut sebelum melarikan diri ke kawasan semak.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menjumpai 60 kotak mengandungi minyak masak bersubsidi peket yang disyaki untuk diseleweng melalui pangkalan haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, siasatan dan tindakan selanjutnya akan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya