Pengundi Ketereh kecewa jika Annuar tidak dicalonkan - Utusan Malaysia

Pengundi Ketereh kecewa jika Annuar tidak dicalonkan

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rakyat di kawasan Parlimen Ketereh mahu Tan Sri Annuar Musa terus ditawarkan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ajizi Abdul Rahman, 59, berkata, keperibadian Annuar sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar amat disenangi dan diakui oleh rakyat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sejak dahulu lagi Annuar begitu cakna dan sering menjaga kebajikan rakyat di kawasan ini.

“Kalau berlaku apa-apa bencana seperti banjir, kebakaran atau sebagainya, beliau antara pemimpin yang terawal sampai bagi menziarah mangsa-mangsa yang terlibat.

“Setakat ini, banyak perubahan yang telah beliau lakukan di kawasan ini termasuk pembangunan dan kemudahan infrastruktur,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Kampung Chengal Wan Mohd. Idham Wan Molly berkata, adalah rugi  jika Annuar tidak dicalonkan parti dan  mengecewakan pengundi yang setia.

Utusan Online hari ini melaporkan, arena politik negeri ini yang sebelumnya ‘dingin’ bertukar ‘kecoh’ apabila nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Difahamkan hanya dua nama penyandang yang masih diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon Parlimen PRU15 iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Jazlan Yaakub dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li di Gua Musang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya