Penganut Hindu sambut Deepavali secara sederhana -

Penganut Hindu sambut Deepavali secara sederhana

P. Rani Gunasuntari (kanan) bersama anak perempuannya menghias rumah bagi menyambut perayaan Deepavali Isnin ini dirumahnya di PPR Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Peningkatan kos sara hidup ketika ini membuatkan penganut Hindu memilih menyambut perayaan Deepavali atau pesta cahaya pada Isnin ini secara sederhana.

Seorang penduduk P. Rani Gunasuntari, 46, yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, berkata, meskipun berlaku peningkatan harga barangan, tetapi persiapan menyambut perayaan tetap dilakukan mengikut tradisi dan dalam suasana penuh ikatan kekeluargaan.

Menurutnya, sejak seminggu lalu, dia bersama ahli keluarga sudah membuat persiapan termasuk menghias rumah dan membuat kuih muih tradisional masyarakat India untuk hidangkan kepada tetamu nanti.

“Tahun ini kita berbelanja mengikut kemampuan keluarga. Walaupun harga barang naik, tetapi perbelanjaan kita mengikut wang tabungan yang ditetapkan.

“Kami teruja melakukan persiapan memandangkan sambutan kali ini pasti berbeza selepas meraikannya secara sederhana ekoran pandemik Covid-19 sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, M. Trisha, 17, memberitahu, dia bersemangat membuat persiapan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga. 

Katanya, menjadi amalan wajib buat mereka sekeluarga apabila bekerjasama membuat kuih tradisional India seperti maruku dan biskut.

“Kami sekeluarga akan menyiapkan pelita api dan hiasan lantai tradisional, kolam secara bergotong-royong menggunakan beras yang telah diwarnakan menggunakan pewarna khas.

“Kami juga mengamalkan tradisi masyarakat India ketika perayaan seperti mandi minyak, sembahyang dan bermaafan bersama ahli keluarga,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya